KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan tindakan setengah-setengah pemimpin dalam parti itu yang meneruskan sasaran terhadap beliau.
Bekas Naib Presiden UMNO yang mendakwa dirinya sedang berehat, menggesa pemimpin terbabit supaya berhenti berbuat demikian.
“Bila kata berehet, saya tak usik siapa-siapa, dia orang masih hentam saya, saya kecewa. Saya sudah diam, jangan kacau saya lagi. Mesyuarat bahagian, wakil Majlis Kerja Tertinggi rapat dengan presiden bantai, apa lagi you hendak, tak ada siapa kacau, cukuplah.
“Adakah ini jemputan kepada saya untuk hentam siapa-siapa? Itu yang saya kecewa. Cukuplah. Saya sudah diam jangan kacau saya lagi. Biar saya dengan kehidupan.
“Baru ini dalam mesyuarat bahagian-bahagian ada wakil MKT yang rapat dengan presiden bantai kita. Bantai saya, Hishamuddin semua sekali. Apa lagi dia nak. Dia sudah jadi presiden dan tak ada siapa yang patut mengancau, tak mengacau dia. Bagi saya cukuplah. Patut dia buat saya seronok cuti ini,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian dalam podcast Keluar Sekejap yang dihoskan bekas pemimpin UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Sufian Hamdan.
Sementara itu Ismail Sabri mendedahkan, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin tidak melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Kanan atau Timbalan Perdana Menteri bukan kerana benci atau tidak percaya kepada Presiden UMNO itu.
Menurutnya, Muhyiddin tidak melantik Ahmad Zahid kerana Presiden UMNO itu mempunyai kes di mahkamah.
“Tan Sri Muhyiddin menyebut kepada saya, kalau boleh dia memang hendak lantik Presiden UMNO. Sepatutnyalah. Namun pada waktu itu presiden UMNO masih ada kes di mahkamah.
“Muhyiddin mahu sebuah kerajaan yang dianggap bersih. Jadi alasan dia tak lantik kerana itu sahaja. Bukan kerana dia tak suka Ahmad Zahid, bukan kerana tak percaya kemampuan Zahid tetapi kerana ada kes dia tak lantik presiden kita sebagai TPM atau menteri kanan,” kata Ismail Sabri.
Tambah Ismail Sabri, beliau dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana selepas Ahmad Zahid, beliau adalah ahli Parlimen UMNO paling kanan.
Manakala Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bukan ahli Parlimen.-MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment