KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak hairan dan kecewa dengan cara pendakwaan dilakukan ke atas bekas Perdana Menteri itu dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua pasukan pembelaan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihak pendakwaan tidak menyatakan dengan spesifik apakah kepentingan Najib yang juga bekas Menteri Kewangan dalam empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Katanya, antaranya ialah pendakwaan tidak menyatakan dengan jelas apakah kepentingan Najib dalam membuat keputusan rasmi untuk 1MDB.
“Pendakwaan tidak beri alasan atau fokus mengapa serangan (pertuduhan) terhadap anak guam saya berhubung empat tuduhan ini.
“Sebaliknya pendakwaan hanya kata anak guam kami ada kepentingan secara langsung tetapi dasar mengapa Najib membuat keputusan-keputusan sehingga berlakunya salah guna kedudukan tertentu tidak pula diberitahu.
“Ini membuatkan semua tertanya-tanya termasuk kami apakah sebenarnya kepentingan Najib dalam syarikat ini? Kata pendakwaan tiga anak guam telah salah guna kedudukan dengan menggunakan tiga jawatan rasmi untuk lakukan pelbagai salah guna dan pelanggaran,” katanya di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Beliau berkata demikian pada hujahan akhir kes pendakwaan penyelewengan dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion yang membabitkan Najib di Mahkamah Tinggi, di sini.
Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Sementara itu, Muhammad Shafee berkata, pihaknya menghadapi kesukaran untuk menyediakan pembelaan yang sewajarnya kerana dakwaan-dakwaan dan pertuduhan dikemukakan tidak jelas.
Prosiding akan bersambung esok pagi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment