NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Carian manual gagal menemukan mangsa tertimbus

Anggota bomba dan APM giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan seorang pelancong warga India yang terjatuh akibat tanah jerlus pagi tadi di Masjid India, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 23 OGOS 2024




KUALA LUMPUR – Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) masih sedang giat meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa warga asing yang tertimbus dalam kejadian tanah mendap yang berlaku di Jalan Masjid India di hadapan Masjid India sekitar 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pondok polis di Majlid India menerima laporan kejadian pada jam 8.30 pagi tadi.

Katanya, bertindak atas maklumat itu polis menggerakkan anggota ke lokasi dan polis membuat pertanyaan dan berdasarkan saksi mata mengesahkan ada seorang mangsa wanita tertimbus bawah mendapan itu.

“Memandangkan kes masih disiasat kita tidak boleh mendedahkan butiran mangsa .

“Manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam serta anggota bomba dan penyelamat Kuala Lumpur sedang terlibat dalam kerja-kerja penyelamatan mangsa di lokasi kejadian.

“Mangsa masih belum ditemui lagi dan kerja-kerja SAR akan diteruskan pasukan penyelamat di sini yang terdiri daripada 35 anggota bomba, 14 angota DBKL, 32 anggota PDRM dan lima anggota APAM dan empat pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

“Sejurus kita jumpa mangsa nanti akan mengemas kini maklumat terperinci selepas itu kepada media, buat masa ini tidak boleh komen apa-apa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Tambah beliau, siasatan awal polis difahamkan mangsa berjalan kaki dari Selangor Mension ke arah Lebuh Ampang sebelum duduk di kerusi batu yang terletak di tempat mendapan itu.

“Bagaimanapun, kita akan meneliti rakaman CCTV dari lokasi kejadian dan akan mengumpul keterangan saksi-saksi untuk mendapatkan butiran lebih tepat bagaimana insiden berlaku.

“Ketika ini, saya dimaklumkan oleh bomba bahawa mangsa terjatuh pada kedalaman anggaran lapan meter dalam mendapan tanah,” katanya lagi.

Dalam pada itu bomba Timbalan Pengarah JBPM Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata, pihaknya sudah membuat carian manual di lokasi mendapan tetapi anggotanya gagal menjumpai mangsa.

“Kita selepas ini akan menggerakan bantuan jentera ekskavasi (jengkaut) dengan bantuan DBKL dalam Waktu terdekat untuk membuat korekan tanah lebih luas di tempat mendapan tersebut,” katanya lagi.

Dalam pada Sulizmie Affendy ketika ditanya sama ada lokasi berkenaan selamat digunakan oleh orang awam, beliau  berkata, perbincangan sedang dilakukan dalam kalangan agensi berkaitan.

“Kita juga perlu pertimbangkan nyawa bomba dan anggota lain yang melakukan kerja penyelamatan di tempat kejadian sini.

“Buat masa ini kita belum buat keputusan untuk tutup menutup sepenuhnya Kawasan ini, kita rasakan masih selamat, tetapi akan buat beberapa analisa nanti dan jika dirasakan jalan ini perlu ditutup maka kita akan memaklumkan kelak,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo