KUALA LUMPUR – Kemenangan calon Barisan Nasional, Azmawi Fikri Abdul Ghani pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memberi petunjuk parti itu kembali kuat dan mendapat sokongan rakyat.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang mengucapkan tahniah atas kemenangan tersebut secara sinis berkata, Kerajaan Perpaduan tidak perlu ragu untuk mengosongkan enam kerusi lompat bagi diadakan pilihan raya.
BN sudah kembali kuat. Sokongan rakyat di Nenggiri kembali kepada BN. Sudah tentu kerajaan tidak ragu-ragu lagi untuk mengisytiharkan kekosongan 6 kerusi lompat di mana BN yang akan bertanding. Itu pun jika mereka yakin bahawa mereka sudah kembali kuat,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Sementara itu, Ahmad Fadhli yang mengucapkan terima kasih kepada semua jentera Perikatan Nasional yang hadir berkempen untuk menjadikan PRN DUN Negeri sebagai latihan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Mohd Azmawi Fikri menang dengan majoriti 3,372 undi selepas memperoleh 9,113 undi.
Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail yang mendapat 5,741 undi.
Sebelum ini Bersatu mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikosongkan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Whip Bersatu yang juga Naib Presidennya, Datuk Dr Ronald Kiandee, selepas merujuk Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, berikutan keahlian parti enam wakil rakyat Bersatu itu terhenti secara serta-merta.
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar sebelum ini ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Bagaimanapun Johari menerusi surat bertarikh 9 Julai memaklumkan kesemua mereka kekal kekal sebagai wakil rakyat.-MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment