NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beza pendapat PAS, Gerakan tak retak hubungan dalam PN, kata Sanusi

Sanusi Nor berkata setiap isu dalaman yang timbul membabitkan parti komponen Perikatan Nasional akan diselesaikan secara dalaman.



GUA MUSANG
Perbezaan pendapat antara PAS dan Gerakan berhubung isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina tidak menyebabkan hubungan dalam Perikatan Nasional (PN) retak, kata Sanusi Nor.

Sanusi yang juga ketua pengarah pilihan raya PN berkata, apabila berlaku percanggahan pendapat atau pandangan dalam satu-satu isu, pemimpin PAS dan Gerakan tetap akan duduk bersama dalam membawa agenda lebih besar.

“Gerakan asas dia pengundi Cina, bila ada isu Cina dia (Gerakan) ke depan, asas kita (PAS) Melayu, jadi isu berkaitan Melayu Islam kita bercakap tapi tak sampai menjadi retak hubungan dalam PN.

Semalam pemimpin utama Gerakan turun bantu kempen. Kita hal dalaman kita bincang dalaman,

 katanya ketika ditemui selepas menghadiri proses ramah mesra bersama pengundi di Renok Baru.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS dan Gerakan saling berbalas kenyataan berhubung isu pemberian sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina sehingga pemimpin Gerakan mengugut mahu keluar dari gabungan pembangkang itu.

Sanusi berkata perpaduan dalam PN berbeza jika dibandingkan dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) apabila tiada pemimpin dalam kerajaan perpaduan terutamanya DAP, PKR turun memberi sokongan kepada Umno pada hari penamaan calon semalam.

Mereka (BN-PH) sedang berantakan, berebut kerusi, PRU16 jauh lagi tapi sudah tunjuk nak berebut kerusi jadi berantakan mereka ini. Di negeri lain sama berlaku keberantakan,

katanya.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo