GUA MUSANG: Projek bekalan air di penempatan Orang Asli di pedalaman Kelantan di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang menyalur peruntukan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Katanya, projek itu di bawah JAKOA yang mendapat peruntukan daripada kementerian.
“Malangnya ketika kita buat tinjauan di banyak penempatan Orang Asli didapati kemudahan bekalan air yang ada didapati tidak selenggara dengan baik,” katanya pada sidang media di Pejabat PAS Gua Musang, di sini hari ini.
Baru-baru ini, sebuah media melaporkan penduduk Orang Asli tidak mendapat bekalan air bersih di bawah projek kerajaan negeri.
Sedangkan pada 23 Julai lepas Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang dilapor berkata, perkampungan Orang Asli tidak lama lagi akan mendapat bekalan elektrik dan air sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Annuar juga berkata, penduduk di DUN Nenggiri yang tinggal di kawasan tiada bekalan air disediakan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mendapat sumber air daripada air tandak.
Menurutnya, projek penduduk mendapat bekalan air tandak bersifat sementara sebelum ada projek bekalan dilaksanakan AKSB.
“Sedikit masa lagi apabila siap Empangan Nenggiri AKSB boleh meneroka punca bekalan air yang baru daripada empangan tersebut tanpa perlu bergantung air tandak lagi,” ujarnya.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, penduduk yang masih menggunakan bekalan air daripada tandak hanya bersifat sementara.
Kata beliau, di Gua Musang AKSB sedang membina loji rawatan air (LRA) di Pulau Setelu membabitkan kos RM45 juta dijangka mampu beri manfat 11,000 pengguna yang melibatkan 17 kampung.
Selain itu, LRA di Bukit Chupak sedang dalam pembinaan melibatkan kos RM25 juta boleh memberi manfaat 20,000 pengguna baru di Kampung Sungai Terah dan Bandar Gua Musang.
“Tindakan sedang diambil kerajaan negeri melalui AKSB bagi membolehkan penduduk di Gua Musang dan Nenggiri mendapat bekalan air bersih,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 12/8/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment