NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa sumbangan Pas, Bersatu kepada Islam dan Melayu ketika jadi kerajaan?





KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan agenda Islam dibawa Pas yang bertopengkan agama ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Menurut beliau, Pas tidak lagi menjuarai Rang Undang-Undang 355 berkait bidang kuasa Mahkamah Syariah ketika berada dalam kerajaan.

Malah, katanya, perjuangan melaksanakan hudud juga tidak lagi menjadi agenda utama selain perjuangan negara Islam juga hilang entah ke mana.

Selain itu, beliau turut mengingatkan yang mana pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut bertanggungjawab mengancam kedudukan orang Melayu ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Ujar beliau, usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di bawa oleh salah seorang pemimpin Bersatu yang menjadi Menteri ketika itu.

“Kita tidak akan lupa walaupun dia kata Melayu mudah lupa.

“Jika bukan kita (UMNO) sebagai pemelihara keindukan Melayu bangkit menentang, nescaya konvensyen tersebut telah ditandatangani,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid meminta orang Melayu menyedari tindakan yang dilakukan pemimpin Pas dan Bersatu tersebut yang disifatkan beliau sifatkan hanya tahu memainkan sentimen dan emosi, bukannya bertujuan memperkukuhkan kedudukan Melayu dan Islam.

“Saya ingin menyeru kepada seluruh umat Melayu, janganlah terpedaya atau terpesona dengan lisan mereka yang fasih memainkan kata-kata.

“Ia hanya sandiwara politik yang mengkhayalkan. Kesannya besar kepada kestabilan dan keharmonian negara,” katanya. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo