KAJANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tidak turun membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan tamat tengah malam ini.
“Tak, tak, tak, saya tak pergi,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi di sini hari ini.
Ini merupakan kali ketiga Pengerusi PH itu tidak turun dalam membantu kempen calon PH selepas PRK Kuala Kubu Baharu yang dimenangi oleh Pang Sock Tao dan PRK Sungai Bakap yang dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Ogos sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Nenggiri.
Kerusi DUN Nenggiri kosong susulan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang kehilangan keahlian dalam Bersatu hingga menyebabkan kekosongan luar jangka di kerusi DUN berkenaan.
Terdahulu, Anwar meluangkan masa makan tengahari di masjid berkenaan bersama sekumpulan jemaah tabligh.
Beliau kemudiannya menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut bersama-sama kira-kira 1,500 jemaah. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment