NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anak muda kuasa penting dalam politik masa depan – Ka Siong



KUALA LUMPUR – Sesebuah parti politik perlu tahu peri pentingnya sokongan daripada anak-anak muda yang akan menjadi kuasa politik masa depan.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, anak-anak muda kini merupakan golongan terpenting terutama yang layak mengundi dengan pelaksanaan Undi18 sebelum ini.

“Sokongan padu anak-anak muda yang diterjemahkan kepada undi dapat membantu parti mencatat kemenangan dalam pilihanraya, manakala penyertaan anak-anak muda dalam parti juga akan memastikan parti kekal aktif dan relevan dalam arena politik negara.

“Tidak kurang pentingnya kaum wanita dalam politik, memandangkan semakin ramai kaum wanita telah memainkan peranan yang besar dalam pelbagai bidang,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen MCA Wilayah Persekutuan dan Putrajaya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, Pemuda dan Wanita parti terutamanya dalam Barisan Nasional (BN) perlu menggembling tenaga dan memikul tanggungjawab berat dalam meraih sokongan daripada dua golongan ini, iaitu anak muda dan kaum wanita.

Untuk rekod, Undi18 mula dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021 selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara itu dinyatakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Disember 2021 yang disiarkan Jabatan Peguam Negara yang turut menyatakan nama Setiausaha Jemaah Menteri ketika itu, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Seksyen 3 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 menyatakan pindaan terhadap umur bagi warganegara yang layak mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem semasa yang menyaksikan rakyat Malaysia perlu memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

Sebelum ini, cadangan pindaan itu telah diluluskan pada mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 pada Julai 2019 namun tidak dilaksanakan.

Pada 7 September 2021 lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan Undi18 menjelang 31 Dis ini bagi mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Kuching. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo