NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

30 tahun terima dana syarikat arak bukti sistem pendidikan sudah rosak - NASIONALIS




Kenyataan bahawa syarikat arak sudah menaja Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sejak 30 lalu membuktikan bahawa sistem pendidikan di negara ini sudah rosak, kata Pengerusi Gabungan NASIONALIS, Aminuddin Yahaya.


Namun begitu, beliau berkata, topik mengenai tajaan arak yang mula dikecohkan sejak kebelakangan ini bukanlah satu isu besar, tetapi ia merupakan salah satu natijah daripada pelbagai isu yang berlarutan sejak sekian lama.


Justeru, beliau sekali lagi menyeru supaya kerajaan melihat semula peranan dan implikasi kewujudan sekolah vernakular serta mengkaji semula keperluan sekolah tersebut demi kebaikan negara.


"Menyuarakan mengenai isu ini ibarat tikus membaiki labu kerana sistem (pendidikan) itu sudah rosak.


"Ini bukan bersifat perkauman kerana ia melibatkan semua kaum. Kewujudan sekolah vernakular ini banyak timbul masalah. Situasi ini dibimbangi tidak akan berakhir di sini sahaja," katanya ketika berucap pada Forum Bahaya Iklan Arak Kepada Murid Sekolah, anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) di Kuala Lumpur, hari ini.


Pada Julai lalu, Loke berkata, tajaan dana daripada syarikat arak kepada pihak sekolah tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penglibatan syarikat arak dalam membantu pengumpulan dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.


“Syarikat minuman keras telah menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina berlaku sejak 30 tahun lalu dan saya juga pernah menghadiri majlis itu,” kata Loke seperti dipetik Berita Harian.


#boikotsampaimerdeka


Ikuti : 

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

#TvPertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo