NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid tarik balik saman fitnah terhadap Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menarik balik saman ke atas Malaysiakini walaupun mendakwa laporan berkait prosiding mahkamahnya berbaur fitnah dan selektif. 



PETALING JAYA
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menarik balik saman fitnah difailkan terhadap Malaysiakini.

Beliau memfailkan saman terhadap portal itu di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur susulan laporan berkaitan prosiding jenayah terhadapnya yang didakwa berbaur fitnah serta selektif, pada Mac 2021.

“Disebabkan prosiding jenayah tersebut telahpun dilupuskan Mahkamah Tinggi pada September lalu, saya dinasihat pihak peguam untuk tidak meneruskan prosiding saman fitnah itu bagi menghormati keputusan mahkamah dan tidak memprejudis pihak-pihak yang terlibat.

Walaupun tindakan defendan-defendan telah mencemar nama baik dan memberikan sentimen negatif, saya memutuskan untuk tidak memanjangkan isu ini,

 katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, diharapkan insiden sedemikian tidak berulang lagi pada masa akan datang dan segala penerbitan media adalah bersandarkan kepada prinsip dan etika kewartawanan yang tinggi dan berhemah.

“Saya berharap defendan-defendan lebih bertanggungjawab dan telus ke atas semua laporan-laporan yang diterbitkan terhadap saya.

Terbitan berita yang salah mahupun bias tentu sekali merencatkan keyakinan awam kepada nilai kewartawanan yang bertanggungjawab dan ia juga akan mencemarkan integriti lebih-lebih lagi apabila melibatkan nama baik dan keperibadian seseorang atau sesebuah institusi,

 katanya.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada semua 47 tuduhan rasuah, jenayah pecah amanah, dan pengubahan wang haram.




Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo