NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid sekali lagi terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan

Presiden Umno Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan mengekalkan jawatan sepenggal lagi selepas Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul supaya dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan. 



PETALING JAYA
Presiden Umno Zahid Hamidi, berkata beliau terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan dalam pemilihan yang dijangka berlangsung pada 2026.

Pada tahun lalu, Zahid dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengekalkan jawatan mereka untuk sepenggal lagi selepas Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul supaya dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan.


Zahid berkata keputusan mengenai perkara itu semuanya bergantung pada keputusan yang akan dibuat pada peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada bulan depan, lapor Berita Harian.

“Saya amat terbuka dalam perkara ini (jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan). Terdapat klausa (dalam perlembagaan Umno) yang mana pemilihan boleh ditangguhkan selama 18 bulan dan ini bermakna, ia bergantung pada keputusan yang akan dibuat dalam MKT serta PAU.

Kita amat mematuhi apa yang tercatat dalam perlembagaan dan peraturan UMNO. Kita melihat situasi tahun atau tarikh yang akan ditentukan, dan tentunya seseorang calon tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian tetapi perlu bergantung pada sokongan perwakilan,

 katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Muar.

Semalam, Mesyuarat Perwakilan Umno Tenggara meluluskan tiga usul secara sebulat suara, termasuk menggesa jawatan presiden dan timbalan presiden parti dipertandingkan pada pemilihan yang dijangka diadakan dua tahun lagi.



Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo