NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid nafi pinggir ‘Friends of BN’

Zahid Hamidi menghadiri Himpunan dan Konvensyen BN Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 BN di Sandakan hari ini. Turut hadir Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin, Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup.



SANDAKAN
Tiada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan 
Friends of BN
dipinggirkan, sebaliknya semua disantuni dengan baik, kata Pengerusi BN, Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata, semua parti komponen BN dan 

Friends of BN
sentiasa melakukan sesi libat urus serta perbincangan bersama mengenai pelbagai isu.

Katanya, Presiden MCA, Wee Ka Siong yang juga naib pengerusi BN diberikan penghormatan berucap dan merasmikan Himpunan serta Konvensyen BN Sabah hari ini, membuktikan parti komponen itu penting kepada BN.

“PRK dan PRU yang lalu kerusi-kerusi juga telah diperuntukkan, walaupun tidak semua, tetapi kita beri peluang kepada ‘Friends of BN’ bertanding. Soal penyantunan ini telah dilakukan.


Kita tidak mahu pandangan atau tafsiran daripada rakan atau mereka di luar BN, maka kita terjebak dalam komen negatif yang dibuat mereka, kita jaga kita,

 katanya selepas menutup Himpunan dan Konvensyen BN Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 BN di sini.

Turut hadir Naib Pengerusi BN, Arthur Joseph Kurup yang juga presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin.

Sebuah portal berita sebelum ini memetik sumber mendakwa akar umbi MCA tidak lagi gembira dengan kedudukan parti itu dalam BN dan berasa dipinggirkan dalam kerajaan sekarang.

Zahid berkata, pelantikan jawatan dalam kerajaan, terutama menteri dan timbalan menteri di bawah bidang kuasa perdana menteri.


“Kalau mereka tiada wakil dalam Kabinet, itu bawah perdana menteri, insya-Allah bila ada pertemuan, saya bisikkan perkara itu untuk beliau berikan peluang kepada pemimpin dalam komponen BN.

Kalau tidak pun dalam Kabinet, mungkin tempat lain difikirkan diberi peluang kepada rakan parti lain untuk bersama, malah mereka ada pengalaman,

 katanya sambil menambah usaha perlu diteruskan untuk BN bangkit dalam arena politik negara.

Adun Umno sertai PAS

Zahid berkata, BN akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Adun Rembia, Muhamad Jailani Khamis yang menyertai PAS.


Walaupun Jailani masuk PAS pada Jun tahun lalu, tetapi beliau hanya mengeluarkan kenyataan baru-baru ini. Beliau harus ingat sebelum jadi calon, beliau menandatangani beberapa dokumen. Parti akan mengambil tindakan perundangan berdasarkan dokumen ditandatangani dia itu.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo