NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid ‘gila talak’

Annuar Musa mendakwa Zahid Hamidi mengugut pengundi di Sungai Bakap berhubung projek pembinaan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Sungai Bakap.


PETALING JAYA: Pemimpin PAS Annuar Musa enggan melayan kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi yang mendakwanya sebagai ‘gila talak’, susulan kritikan terhadap kerajaan berhubung isu dua projek di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada rakyat menilai dakwaannya bahawa Zahid mengugut dan menghina pengundi DUN terbabit yang seolah-olah tidak akan diberikan projek tertentu jika kalah PRK Sungai Bakap esok.

Projek itu membabitkan pembinaan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

“Tak payah panjangkan serah kepada rakyat menilainya,” kata Annuar yang juga ahli jawatankuasa dan timbalan pengarah pilihan raya PAS kepada FMT.

Isu itu tercetus apabila Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata kerajaan akan membantu calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin jika menjadi wakil rakyat di Sungai Bakap, termasuk dalam membina PAWE dan SJKT terbabit.

Susulan itu, Annuar mendakwa kenyataan Zahid itu bersifat ugutan kepada pengundi dan dilihat menghina pengundi, seolah-olah tidak akan diberi projek tertentu jika PH kalah pada PRK terbabit.

Zahid membidas dakwaan Annuar dan menuduhnya ‘gila talak’.

PRK Sungai Bakap esok menyaksikan pertembungan satu lawan satu  antara Perikatan Nasional yang meletakkan Abidin Ismail menentang Joohari.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian Nor Zamri Latiff daripada PN pada 24 Mei lalu.

Keputusan PRK Sungai Bakap itu tidak akan mengubah pentadbiran Pulau Pinang yang kekal bawah kerajaan perpaduan PH-BN.



Sumber | FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo