NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wujud Jaksa Pendamai pujuk pemimpin yang ‘merajuk’

Ketua Pemuda Umno Kapar Afifi Aris berkata, Jaksa Pendamai perlu diwujudkan bagi mengekalkan keharmonian dalam parti. 



PETALING JAYA
Seorang pemimpin Pemuda Umno mencadangkan Jaksa Pendamai diwujudkan supaya tiada tokoh terpinggir dan dapat terus menyumbang idea demi kebaikan parti.

Ketua Pemuda Umno Kapar Afifi Aris berkata, perkara itu perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keharmonian dalam parti.

“Kita tidak boleh biarkan pemimpin (Umno) yang tewas dalam pemilihan, tidak dapat jadi calon pilihan raya dan kalah dalam pilihan raya terus menyepi.

Mereka ini ada jasa, tetapi disebabkan masalah-masalah tertentu dalam parti, mereka merajuk dan terus mendiamkan diri,

katanya.

Afifi berkata demikian pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Kapar di Dewan Dato’ Ahmad Razali, yang dirasmikan Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin.

Pemuda Umno mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan pemimpin terbabit kembali dalam satu pasukan bagi memperkukuh dan memperkasa parti, menurut Afifi.

Siapa yang hendak ambil tanggungjawab (itu)? Sudah semestinya tugas Pemuda diberi tanggungjawab bagi mengembalikan mereka ini kepada Umno,

 katanya.




Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo