NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wala’ kepada pucuk kepimpinan, cadangan sebelum ini sekadar permintaan sahaja

Ketua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Habidin Hanipa berkata, pihaknya tetap akan menggerakkan jentera pilihan rayanya 100%, walaupun belum tahu siapa calon Bersatu yang akan mewakili PN.



PETALING JAYA
Pemuda PAS Gua Musang akan memberikan komitmen penuh memastikan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) pada PRK Nenggiri, walaupun terdahulu mahu parti itu bertanding mewakili gabungan itu.

Akur dengan keputusan Bersatu mempertahankan kerusi itu, Ketua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Habidin Hanipa berkata, cadangan agar partinya diberi laluan bertanding bersifat permintaan, bukannya paksaan.

“Setakat ini kita akur sahaja keputusan pucuk pimpinan, sama ada letak calon Bersatu atau PAS, asalkan daripada PN.

“Cadangan kita sebelum ini supaya calon PAS dipertimbangkan sekadar permintaan sahaja.

Pemuda PAS tetap akan menggerakkan jentera kita 100%, walaupun belum tahu siapa calon,

 katanya kepada FMT.

Sementara itu, apabila diminta mengulas sama ada tindakan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang dikatakan anak tempatan, mampu memberi saingan kepada PN, Mohd Habidin berkata, pencalonan ketua Pemuda Umno Gua Musang itu sudah dijangka.

Beliau menjelaskan, Mohd Azmawi bukanlah anak kelahiran DUN itu sebaliknya sekadar menantu kepada penduduk Nenggiri dan mengundi di DUN Galas sebelum ini.

Habidin yakin, PN yang akan bertanding menggunakan lambang PAS akan berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut, memandangkan parti itu masih mendapat sokongan penduduk.


Setakat ini, kita lihat pengundi kita tak berganjak lagi, tetap beri sokongan. (Malah) kita sasar untuk tambah jumlah undi, berkat usaha kerja keras kita,

 katanya.

Sebelum ini, Mohd Habidin mencadangkan agar calon PAS diketengahkan mewakili PN pada PRK Nenggiri, mengambil kira 90% jentera pilihan raya daripada parti terbabit.

Cadangan sama turut disuarakan Ketua PAS Gua Musang Azman Ahmad atas kebimbangan episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun mengesahkan kerusi DUN Nenggiri akan ditandingi Bersatu pada PRK 17 Ogos depan.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo