NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wakil rakyat PN cadang kerajaan diaudit berkait peruntukan pembangkang

Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat.


KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat pembangkang mencadangkan audit dijalankan terhadap kerajaan persekutuan dan negeri susulan kegagalan menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen dan Adun terlibat.

Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) berkata, pengauditan perlu dijalankan bagi melihat ke mana peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada wakil rakyat itu dibelanjakan.

“Selari dengan memberi perluasan kuasa kepada ketua audit negara, Temerloh mencadangkan audit dilakukan kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri yang terlibat kerana menafi peruntukan kepada Ahli Parlimen dan Adun.

“Ke mana peruntukan sepatutnya diberi kepada Ahli Parlimen dibelanjakan, dilabur atau disimpan,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat.

Kerajaan belum membuat sebarang keputusan bagi menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, walaupun perbincangan diketuai Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mengenai isu itu berlarutan sejak setahun lalu.

Sebagai tanda protes, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memulakan tindakan ‘Langkah Muar’ iaitu larian 200km bermula dari Jambatan Sultan Ibrahim di Muar menuju ke bangunan Parlimen, bermula Jumaat minggu lalu dan tamat pada Isnin.

Larian itu juga berjaya mendapat kutipan hampir RM160,000 yang akan digunakannya untuk menguruskan pusat khidmat Parlimen dan sumbangan kebajikan untuk pengundi kawasannya.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo