NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Video motivasi MB Terengganu pemain bola turut dipadam

Gambar : TV Pertiwi



Menteri Besar Terengganu berasa kesal selepas video yang tidak berkaitan politik dipadamkan di media sosialnya. 


Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kejadian seperti itu tidak boleh dibiarkan kerana dikhuatiri akan berulang kepada pihak lain. 


"Saya sendiri rasa pelik dan ramai dalam kalangan pengikut akaun saya menyatakan perkara sama iaitu mereka turut berasa pelik.


"Saya tidak faham apa yang hendak ditakutkan dengan video motivasi kepada pemain bola sepak dan kunjungan duta dari luar negara. Semuanya bukan berkaitan dengan politik.


"Hari ini mungkin terkena pada saya, mungkin esok kena pada orang lain. Saya rasa semua pihak perlu sama-sama menegur supaya jangan jadi seperti ini lagi,” katanya. 

Sumber: Sinar Harian


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo