NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umum segera kekosongan DUN Selat Klang



SHAH ALAM - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San digesa mengumumkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang setelah hampir 14 hari notis kekosongan itu diterima beliau daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Fariz Hadi berkata, tiada sebab untuk Speaker DUN Selangor melengahkan keputusan tersebut kerana ia bukanlah satu insiden luar biasa.

Menurut beliau, Speaker DUN Selangor boleh merujuk kes sama di negeri Kelantan yang mana Speaker DUN negeri itu juga telah mengarahkan kekosongan kerusi Dun Nenggiri apabila menerima notis daripada pimpinan parti.

"Maka tinggal kurang tujuh hari bagi Speaker DUN Selangor menoktahkan keputusan bagi mengosongkan kerusi tersebut dengan segera," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Fariz memberitahu, Speaker perlu membuat keputusan itu selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Seksyen 65(3) yang menyatakan bahawa speaker mesti memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai sebarang kekosongan luar jangka kerusi dalam tempoh 21 hari.

Jelas beliau, Seksyen 65(1)(a)(ii) Perlembagaan Negeri Selangor menyatakan bahawa seorang ahli DUN mesti mengosongkan kerusi mereka jika mereka meninggalkan parti politik mereka.


Justeru tegas beliau, Speaker DUN Selangor perlu menghormati keputusan dari Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) bagi meraikan demokrasi dalam masa yang sama menghormati perlembagaan di negeri ini.

Katanya, perkara itu juga selaras dengan DUN Selangor yang telah meluluskan Enakmen Anti Lompat Parti bermula tahun 2022 yang mana usul itu dibawa sendiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.


"Jangan memangsakan rakyat di DUN Selat Klang yang telah membuat pilihan dalam pilihan raya tapi akhirnya mandat itu dikhianati oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

"Maka pengundi di DUN Selat Klang berhak diberikan peluang mengundi semula bagi memilih pemimpin dari parti mana yang menjadi pilihan mereka demi mewakili mereka di DUN Selangor," katanya.


Pada 21 Jun lalu, Bersatu Selangor menyerahkan notis bertulis kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang kepada Weng San.

Notis itu diserahkan Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu dibuat menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Bagaimanapun, Weng San memaklumkan, DUN Selangor masih belum membuat sebarang keputusan berhubung status DUN Selat Klang.

Weng San berkata, beliau masih lagi meneliti dokumen yang diserahkan oleh Bersatu sebelum membuat sebarang keputusan.


Sumber | Sinar Harian











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo