NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno yakin boleh jadi semak imbang ‘terbaik’ di Kelantan, kata Akmal

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Subang. 



SHAH ALAM
Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi DUN Nenggiri pada PRK bulan depan.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, berkata ia berdasarkan kredibiliti calon diketengahkan iaitu anak muda tempatan, profesional dan lama berkhidmat di kawasan berkenaan.

“Sebelum ini ia bertukar milik kepada Perikatan Nasional (PN) namun pada PRN yang lepas, kita (BN) kalah dengan majoriti 810 undi sahaja.

…dan di Nenggiri ini kalau kalah satu pun kerajaan negeri masih ditadbir PAS tetapi rakyat Kelantan mahukan seseorang yang boleh memberikan semak imbang kerana sejarah di sana, pembangkang hanya ada dua. Jadi tambahkan sahaja satu kerusi pembangkang tanpa menggugat pemerintahan sedia ada, 
katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Subang.

Akmal berkata, sayap Pemuda juga akan memaksimumkan usaha dalam memastikan kemenangan Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang diumum sebagai calon mewakili BN bagi PRK berkenaan.

Pada 19 Jun lalu, Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

Dalam perkembangan lain, pada mesyuarat berkenaan Ketua Umno Subang Armand Azha Abu Hanifah mencadangkan usul khas untuk mengangkat ketua Pemuda Umno diberikan mandat dalam pentadbiran di peringkat pusat.



Sumber | FMT Malaysia 












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo