NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno milik ahli, bukan ‘Kandang Lembu’

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata dengan menyuarakan pendapat untuk didengar pemimpin tertinggi, akar umbi dalam menyelamatkan parti daripada terus karam.



BUTTERWORTH
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata Umno bukan milik mana-mana pemimpin, sama ahli majlis tertinggi atau ketua bahagian, sebaliknya ia milik semua ahli.

Mengulas mengenai prestasi buruk parti dalam beberapa pilihan raya baru-baru ini, exco Melaka itu berkata survival Umno kini bergantung pada tekanan akar umbi yang mahukan perubahan.


Katanya, dengan menyuarakan apa yang dalam fikiran hingga didengar pemimpin tertinggi, akar umbi boleh menyelamatkan parti daripada terus tenggelam.

Akmal berkata, pada PRU15 Umno hanya menang 26 kerusi parlimen berbanding 109 kira-kira 20 tahun lalu, menunjukkan sudah sampai masanya akar umbi bangkit untuk mengembalikan kegemilangan Umno.

“Jangan jadikan parti ini sebagai perisai untuk mempertahankan individu…

“Hari ini rakyat nak tengok pemimpin yang mesti ada prinsip. Kalau salah katakan salah, kalau betul katakan betul.

Kita ini bukan lembu yang dicucuk hidung. Sebab Umno ini diajar ada prinsip dan yang paling penting, kita ada maruah. Umno ini ada maruah,

 katanya dalam ucapan perasmian persidangan perwakilan Pemuda Umno Tasek Gelugor.

Akmal menjawab kritikan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam terhadap beliau kerana mengkritik kepimpinan parti dengan berkata mempunyai perbezaan pendapat tidak bermakna beliau menentang parti.




Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo