Salleh Said Keruak berkata menjelang PRU16 Umno perlu mengenal pasti sikap paling sesuai untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu. |
Pilihan kedua katanya, mengambil situasi Umno banyak terhutang budi kepada orang Melayu kerana memberi peluang kepada parti itu memerintah negara selama 60 tahun.
“Menjelang PRU16 nanti, Umno perlu mengenal pasti sikap yang paling sesuai untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Umno. Kita perlu memilih satu dari antara dua pilihan yang wujud pada masa ini.
Saya yakin jika kita pilih pendekatan yang sesuai dan mempunyai sikap yang betul maka harapan untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Umno akan tercapai,
kata bekas bendahari Umno itu di Facebook.
Kenyataan itu menyusul selepas Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh berkata Umno bukan milik mana-mana pemimpin, sama ahli Majlis Kerja Tertinggi atau ketua bahagian, sebaliknya ia milik semua ahli.
Mengulas mengenai prestasi buruk parti dalam beberapa pilihan raya, exco Melaka itu berkata survival Umno kini bergantung pada tekanan akar umbi yang mahukan perubahan.
Pada PRU15, Umno – parti tunjang Barisan Nasional (BN) hanya menang 26 kerusi berbanding 109 kira-kira 20 tahun lalu.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment