NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Tugas posmen lebih mulia daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat’- Zaid Ibrahim



SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu mendengar dan meneliti notis daripada mana-mana parti politik sekiranya wujud kekosongan kerusi serta memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, tugas Speaker Dewan Rakyat perlu bersikap berkecuali dan tidak berat sebelah dalam membuat sebarang keputusan.

Menurutnya, dengan meminta mahkamah mentafsir peruntukan Perlembagaan Persekutuan sehingga menyebabkan pembangkang terpaksa menunggu Pilihan Raya Umum akan datang adalah strategi lama.

“Seorang posmen lebih mulia daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Posmen tidak pernah membuka surat dan membaca kandungannya. Dia tahu tugasnya adalah menghantar surat.

“Tetapi beliau sebaliknya tidak tahu. Tugas beliau ialah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya, bukan mendapatkan sokongan maksimum untuk Perdana Menteri.

“Penangguhan seluruh proses akan membawa kepada pilihan raya. Begitulah pemimpin yang tidak bermaruah memanjangkan hayat politiknya,” katanya dalam satu hantaran di X pada Jumaat.

Sebelum ini,Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan tiada pengosongan kerusi terhadap enam bekas Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, beliau bukan 'posmen' dan sudah membuat kajian sebelum membuat keputusan itu serta membaca semua kenyataan mengenai Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, menurut Mohd Zaid, pada tahun 2022, DAP juga melakukan perkara yang sama dan berpusu-pusu bekerjasama dengan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) serta UMNO.

Ujarnya, setiap parti mempunyai keutamaan yang berbeza-beza menyebabkan perkara tersebut tidak diteliti dengan adil.

“Saya rasa mereka ini lebih suka menjual nombor plat kereta atau makan bersama Blackrock,” katanya.



Sumber | Sinar Harian











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo