Cadangan untuk membubarkan Perbadanan Warisan Dunia George Town (GTWHI) adalah tidak munasabah, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata, GTWHI sudah wujud sejak 16 tahun lalu dan tidak wajar dibubarkan hanya kerana video promosi Festival George Town (GTF) 2024.
"Saya percaya video itu dipaparkan sejak lebih sebulan lalu, ia mengandungi isi kandungan yang bukan apa yang kita lihat hari ini, ia ada 80 program sepanjang GTF 2024.
"Kalau cuma kerana satu video mahu GTWHI dibubarkan, saya dapati ini satu permintaan yang tidak munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan GTF 2024 hari ini.
Chow diminta mengulas gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah yang mahu kerajaan negeri membubarkan GTWHI.
Sumber: BERNAMA
........Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment