NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Tidak sengaja’ pinggirkan budaya Melayu dalam video promosi George Town Festival




PETALING JAYA
George Town Festival 2024 (GTF 2024) memohon maaf dan menurunkan video promosi mereka selepas didakwa tidak menonjolkan budaya Melayu.

Menerusi kenyataan, jurucakap memaklumkan semua klip video ‘teaser’ berkaitan di semua saluran media sosial mahupun laman web telah dipadam bagi mengurangkan ‘salah faham’.

“Pasukan GTV 2024 berasa kesal sekiranya video ‘teaser’ promosi dengan tidak sengaja telah menyinggung perasaan sesetengah individu dan kumpulan.

Sebenarnya, kesemua perancangan dan promosi GTV 2024 telah cuba sedaya upaya untuk memastikan perwakilan yang inklusif, komprehensif, dan seimbang dari segi kategori program, kumpulan jantina, umur serta perwakilan etnik,

 katanya sambil menambah wakil berbilang bangsa turut dijemput terlibat dalam ‘teaser’ video itu.

Katanya, lapan program telah dijadual melibatkan individu dan kumpulan masyarakat Melayu pada festival itu, bermula 19 Julai.

Sementara itu, George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) juga berkata, pihaknya sentiasa komited memelihara dan mengangkat nilai keharmonian bersama antara semua warisan kebudayaan di Pulau Pinang.

Menurutnya, projek itu bakal memaparkan 80 program yang mana 53 program adalah persembahan daripada seniman tempatan dalam bentuk seni filem, teater, pameran, seni pemasangan, dan pengalaman deria silang disiplin.

Kami memandang berat dan cakna akan kekecewaan yang diluahkan oleh warga komuniti tempatan. Pihak kami telah menasihati pihak kontraktor festival iaitu Kerson Media Global Sdn Bhd untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan meningkatkan promosi program tempatan dalam masa terdekat,

 katanya.

Terdahulu, beberapa pihak termasuk Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang (Gagungan) mengecam video promosi itu yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.

Presidennya, Mohd Yussof Latiff, berkata ia seolah-olah menafikan kewujudan budaya kaum Melayu di negeri itu.

Susulan itu, Ketua Umno Bahagian Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican turut menyifatkan video promosi bertemakan ‘Here and Now’ tersebut sebagai satu naratif tidak ‘inklusif’ dan tidak mempamerkan kepelbagaian sebenar warisan George Town.

Adalah tidak wajar pihak-pihak yang terlibat langsung dengan penganjuran GTF 2024, iaitu Pejabat Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang terlepas pandang perkara sedemikian,

 katanya.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo