NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak akan bekerjasama selagi ada DAP, PAS teguh bersama pimpinan TGHH

Hashim Jasin berkata PAS tetap dengan pendirian menolak DAP berdasarkan keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini.



PETALING JAYA
Seorang pemimpin PAS berkata parti itu tidak menjalinkan kerjasama dengan Umno di atas kerangka kerajaan perpaduan seperti gesaan bekas pemimpinnya kerana ada DAP.

Mursyidul Am Hashim Jasin berkata pendirian itu seiring keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan halangan kerjasama dengan Umno juga susulan penolakan Presidennya Zahid Hamidi terhadap kepimpinan Hadi Awang.

“PAS tidak mahu bersama dalam kerajaan perpaduan kerana wujudnya DAP.

Tak patut juga suruh tolak presiden kita (Hadi)…macam mana nak bersatu kalau macam itu, 
katanya kepada FMT.

Hashim mengulas cadangan bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS Khairuddin Aman Razali supaya kerjasama PAS-Umno termasuk dalam kerangka kerajaan perpaduan hari ini.

Timbalan pengerusi Majlis Ulama Umno itu juga berkata sebelum rundingan baharu kerjasama dilakukan, PAS perlu bersedia mewujudkan suasana kondusif dengan memperkasakan hubungan bersama Umno terlebih dahulu yang pernah dibuat selepas PRU14.

Khairuddin semasa memegang jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS antara tokoh yang kuat mahu kerjasama PAS-Umno diteruskan, sebelum beliau dipecat daripada jawatankuasa itu dan akhirnya bertindak keluar parti pada Mac 2022.

Sebelum ini, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil berkata parti itu perlu memutuskan segera sama ada untuk bersama Pakatan Harapan (PH) atau bertanding solo dengan menggabungkan semula kekuatan parti Melayu Islam menerusi MN.

Isham berkata objektif utama sebelum PRU16 adalah untuk mengembalikan MN supaya parti Melayu Islam iaitu PAS, Bersatu, dan Umno bergabung untuk mencapai kemenangan.

Zahid bagaimanapun ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kangsar pada 8 Julai lalu memaklumkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Abdul Hadi Awang menjadi presiden.



Sumber | FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo