Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah nafi terdapat pemimpin pembangkang yang ingin berjumpa dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa.
Jelas beliau, PAS kini hanya menumpukan usaha untuk mengukuhkan hubungan dengan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan tidak ada sebarang usaha untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.
‘Setahu saya, tiada pemimpin pembangkan mahu mengadakan perbincangan atau pertemuan dengan kedua-dua pemimpin Kerajaan Perpaduan itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Semalam, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mendakwa ada pemimpin pembangkang yang mahu berjumpa dengannya bersama Anwar untuk membentuk kerjasama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, namun ia ditolak.
Sumber: Berita Harian
#BoikotSampaiMerdeka #TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment