NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu terima bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air bernilai RM16.5 juta




KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri hari ini menerima bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air bagi Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir dan Stesen Janakuasa Hulu Terengganu bagi tahun kewangan 2024 berjumlah RM16.5 juta.

Ketua Pegawai Pembangunan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Power Generation Sdn. Bhd., Shahrir Abdul Latiff, pembayaran royalti bagi penggunaan air dan lesen takungan air di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir itu berjumlah RM11.67 juta.

“Sementara, bagi Stesen Janakuasa Hulu Terengganu adalah sebanyak RM4,836,218.

Beliau berkata demikian dalam acara penyampaian cek  kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman, di sini.

Sebelum ini, TNB telah mula membuat bayaran itu setiap tahun sejak kedua-dua stesen berkenaan memulakan operasi. – HARAKAHDAILY 24/7/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo