NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tentang genosid tapi mahu kekalkan BlackRock dalam MAHB




Pendirian kerajaan terus dipersoalkan dalam isu pembelian saham syarikat BlackRock terhadap MAHB.


Sebelum ini, kata Ketua Penerangan BERJASA, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri lawatannya di luar negara antaranya di Doha dan Jerman  berkata, kerajaan  menentang genosid terhadap rakyat Pale5tin, bagaimanapun dalam perkara berkaitan ekonomi negara, pendirian beliau sebaliknya.


Justeru katanya yang memetik video terbitan Zainal Rashid Ahmad, sebagai syarikat yang berdaya maju, MAHB menguasai 38 lapangan terbang di seluruh Malaysia dan satu lagi di Turki.


Dengan keuntungan lebih RM 500 juta tahun lalu apa keperluan untuk menjual saham 30% kepada GIP yang dimiliki Blackrock?


Timbal balik bagi penjualan saham itu yang sebanyak  RM12 billion, apakah pulangan itu sangat didambakan negara berbanding kedaulatan dan keselamatan negara?


“Umum tahu Blackrock terlibat secara langsung dalam pembunuhan saudara kita di Palestin melalui pemilikan saham dalam syarikat- syarikat pembuat senjata yang membekalkannya kepada Israel. Jadi di mana pendirian Malaysia berdaulat?”


“Amat hina, sehinanya, jika Kerajaan tetap melepaskan 30% hak rakyat ini kepada syarikat pendokong Genocide Israel Zionis, “ kata Hamdan.


Malah, yang dikesalkan ada menteri kabinet yang membandingkan dengan membeli iphone, dengan pemilikan saham 30 peratus BlackRock dalam MAHB.


Sumber : Telegram Hamdan Sharif


#boikotsampaimerdeka


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo