NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teguran dan ‘rintihan’ bukan politik kebencian, kata Hamzah

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menyoal Perdana Menteri Anwar Ibrahim apakah rintihan golongan kecewa dengan penyasaran subsidi diesel dianggap politik kebencian.


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mempertahankan teguran terhadap kerajaan, selepas perdana menteri semalam menepis ‘politik kebencian’ yang melabelnya dengan gelaran negatif.

Antara lain, Hamzah menyoal apakah ‘rintihan’ golongan kecewa dengan penyasaran subsidi diesel, serta teguran menyentuh rancangan ambil alih Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), yang dikaitkan dengan firma BlackRock, dianggap politik kebencian.

“Suara rakyat bukan suara politik kebencian,” katanya di Facebook, dan menambah ada banyak lagi kalau hendak disenaraikan.

Semalam, Anwar ketika mengulas tentang kempen pembangkang di PRK Sungai Bakap, berkata beliau maklum mengenai pelbagai gelaran yang dilemparkan terhadapnya, antaranya ‘ejen Yahudi’.

Beliau membidas serangan yang sama sekali tidak pedulikan fakta.

Sebelum ini, Anwar berkata pihaknya sedar penyasaran subsidi diesel mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat, dan berkata kerajaan sedia memperbaiki kelemahan dalam pelaksanaannya.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengingatkan semua pihak agar tidak ‘keterlaluan’ dalam membahaskan polemik berkaitan isu BlackRock.

Firma pelaburan global itu, yang memiliki pegangan dalam syarikat senjata Amerika Syarikat yang menghasilkan senjata yang digunakan oleh Israel, timbul kerana dikaitkan dengan Global Infrastructure Partners (GIP).

GIP, sebuah dana pelaburan prasarana, bersama-sama Abu Dhabi Investment Authority (Adia), berganding dengan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambil alih MAHB melalui konsortium.

Konsortium Gateway Development Alliance (GDA) itu diterajui oleh Khazanah dan KWSP.

Pengambilalihan itu akan menyaksikan Khazanah dan KWSP memiliki 70% MAHB, Adia dan GIP memiliki baki 30%, dan kerajaan memiliki saham khas.

Sebelum ini, GIP menegaskan BlackRock tidak terlibat dalam transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo