NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak kisah disiasat, penganjur akan teruskan himpunan anti-Anwar

Kira-kira 250 peserta mengambil bahagian dalam himpunan ‘Rakyat Lawan Anwar’ di luar pekarangan kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya Sabtu lalu.


PUTRAJAYA: Penganjur himpunan ‘Rakyat Lawan Anwar’ Sabtu lalu berhasrat mengadakan lebih banyak bantahan walaupun sedang disiasat kerana didakwa gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Polis merakam keterangan Aidil Yunus dan 10 yang lain berkait demonstrasi di depan Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya, melibatkan kira-kira 250 peserta.


Aidil, lebih dikenali sebagai Yb Viral, berkata ada rancangan mengadakan himpunan di beberapa lokasi dan forum awam di seluruh negara, menjelang tahun kedua pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pada November.

“Anwar boleh jangka himpunan lebih besar. Kami akan mengadakan himpunan di kawasan Parlimen Tambun, Bagan Datuk, Pandan, Seremban, dan Kota Raja,” katanya kepada pemberita di luar IPD Putrajaya.

“Kemuncaknya akan diadakan pada 24 Nov, yang mana tahun kedua Anwar sebagai perdana menteri.”

Himpunan pada Sabtu, menekankan lapan tuntutan termasuk menghentikan peningkatan harga petrol RON95, menyelesaikan kekurangan beras, dan menangani isu berkait pandemik Covid-19.

Himpunan itu juga membangkitkan peningkatan kos sara hidup dan keperluan melindungi kakitangan penjagaan kesihatan awam, menjamin gaji adil, menegakkan kebebasan bersuara, dan mengekalkan kedaulatan ekonomi.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Isa berkata demonstrasi diteruskan walaupun pihak penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada pemilik lokasi, Perbadanan Putrajaya, seperti dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman.


Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz, berkata 11 disiasat bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pemimpin Pejuang, Rafique Rashid Ali, yang disoal siasat selama dua jam hari ini, membidas siasatan dijalankan dan menafikan dakwaan ada pihak dibayar untuk mengadakan bantahan.

Menurut polis, individu disoal siasat adalah Aidil, Rafique, Anas Abdul Jalil, Faizal Hassan, Fathul Farisan Rahman, lawyer Zubir Embong, ahli MCA, Michelle Foo, bekas ahli DAP, Alex Shee, termasuk pempengaruh, influencers Nurpais Ismail (Papa Berry), Tunku Intan Abdul Hamid (Dayangku Intan), dan Siti Zulaikha Olivia (Mak Iban Olivia).

Polis juga dijangka merakam keterangan ahli Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegubard pada Rabu, Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan Tun Faisal Ismail Aziz, pada tarikh berikutnya.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo