NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak berparti, speaker ubah kedudukan Adun Selat Klang

Speaker DUN Selangor Lau Weng San, berkata perubahan kedudukan Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari bagi tempoh sementara.


PETALING JAYA: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyaksikan perubahan tempat duduk Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari daripada blok pembangkang.

Speaker DUN Selangor Lau Weng San, berkata untuk sementara waktu Rashid ditempatkan di antara blok pembangkang dan blok kerajaan, mengambil kira statusnya yang tidak mempunyai keanggotaan dalam mana-mana parti ketika ini.


“Ini (kedudukan kerusi) juga dilakukan dengan mengambil kira kekananan beliau sebagai Adun penggal kedua dan juga kekananan beliau yang pernah memegang jawatan dalam kerajaan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya menurut Bernama pada Persidangan DUN Selangor.

Lau membuat keputusan itu selepas Ketua Pembangkang Azmin Ali bangun bagi memohon petua berkenaan perkara itu dalam memastikan keharmonian dan kelancaran sidang dewan.

Sebelum ini, Rashid telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Azmin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor telah menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Selat Klang kepada Lau berikutan Rashid yang terhenti keahliannya sebagai ahli Bersatu.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo