NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tajaan syarikat arak: Sekolah vernakular terkecuali garis panduan KPM?




Memetik Sin Chew Daily, kabinet memutuskan larangan sumbangan daripada syarikat tembakau dan minuman keras tidak akan terpakai kepada sekolah vernakular Cina.

 

Lapor akhbar berbahasa Cina itu, sementara kabinet memutuskan untuk mengekalkan garis panduan itu, larangan berkenaan tidak akan dikenakan kepada sekolah Cina atau sekolah bukan Islam.

 

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, keputusan kabinet mengenai isu itu akan dijawab oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

 

Bagaimanapun setakat berita ini ditulis, masih belum ada kenyataan terbaru dari Ahli Parlimen Nibong Tebal itu susulan mesyuarat kabinet semalam.

 

Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, tajaan syarikat arak kepada SJKC Tche Min tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penglibatan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.

 

Sumber : Malaysiakini


#boikotsampaimerdeka #TvPertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo