NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tajaan syarikat arak: Sekolah patut jadi ‘Zon bebas arak, judi’, gesa i-Guru




Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru) menggesa semua pihak mematuhi apa yang termaktub di dalam Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018 yang melarang sumbangan melibatkan aktiviti hasil perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

 

Presiden i-Guru, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya menyokong penjelasan Menteri Pendidikan dan menggesa semua pihak mematuhi pekeliling sedia ada.

 

“Sekolah wajar menjadi tempat bebas arak dan judi demi memastikan generasi masa depan terjaga dan sejahtera jiwa, minda dan fizikal selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta aspek Karamah Insaniah.

 

“Pihak i-Guru berharap tiada mana-mana pihak memanipulasikan isu ini untuk meraih keuntungan politik kepartian masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Semalam, Fadhlina Sidek menegaskan semua pentadbir institusi pendidikan yang berada di bawah Kementerian (KPM) perlu mematuhi garis panduan dalam menguruskan sumbangan yang diterima daripada pihak luar.

 

Bagaimanapun, Setiausaha Agong DAP Anthony Loke berkata sumbangan syarikat arak kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tce Min, Sepang tidak sepatutnya dijadikan isu dan beliau akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

 

Sumber : FB i-Guru


#boikotsampaimerdeka


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo