Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan supaya mempertahankan polisi tidak membenarkan syarikat arak memberi dana mahu pun melakukan apa-apa aktiviti di sekolah.
Tegasnya, kerajaan tidak seharusnya mengubah polisi itu walaupun jika terdapat desakan daripada anggota Kabinet termasuk Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.
“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuhi, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook.
“Jika liga bola sepak negara pun tidak dibenarkan syarikat sebegini untuk menyumbang, apa lagi untuk sekolah di dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Loke berkata sumbangan syarikat arak kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tce Min, Sepang tidak sepatutnya dijadikan isu dan beliau akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
Sumber : FB Akmal Saleh
#boikotsampaimerdeka
Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:
https://www.youtube.com/@beritapertiwi
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment