NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tajaan syarikat arak: Kerajaan sepatutnya tegas laksana polisi KPM



Parti MIC menggesa kerajaan bertindak tegas dalam melaksanakan polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menetapkan tata cara penerimaan sumbangan bagi sekolah tidak melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, minuman keras dan seumpamanya kerana boleh menjejaskan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di bawah Pekelilingnya bertarikh 29 Mac 2018 mengikut Perkara 7.3.


Sehubungan itu, Ketua penerangan MIC Kebangsaan, Thinalan T. Rajagopalu merujuk isu tajaan syarikat arak yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kerajaan yang di antaranya menyatakan tidak mengetahui akan polisi KPM berkenaan.


Susulan itu, MIC turut menasihati Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke agar peka dan akur akan polisi KPM dan bukan mempersoalkannya dengan membawa isu tersebut ke mesyuarat kabinet.


MIC katanya menghargai sebarang usaha pembangunan sekolah, tetapi usaha berkenaan perlulah di bawah lunas polisi kerajaan.


Sumber : Kenyataan media MIC


#boikotsampaimerdeka #TvPertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo