NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tajaan syarikat arak: Ini sekolah bukan restoran - PAGE

Gambar : TV Pertiwi



Presiden Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim menyatakan Isu tajaan syarikat arak di sekolah Cina tidak akan wujud sekiranya jenama dan logo syarikat alkohol itu tidak dipaparkan dengan gahnya di kawasan sekolah atau berdekatan dengannya. 


Bercakap ketika dihubungi TV Pertiwi hari ini, beliau berkata, sekiranya syarikat minuman alkohol tersebut benar-benar ikhlas dalam memberi sumbangan buat pendidikan, mereka tidak akan tergamak meletakkan nama dan jenama logo di replika cek tersebut. 


Tambahnya, jika kerajaan tetap memberi laluan kepada syarikat arak untuk menaja sekolah Cina, maka perlunya pengkajian semula dan pembaharuan garis panduan agar tidak lagi timbul isu sebegini. 


“Ini adalah sekolah dan bukannya restoran. Peraturan tetap peraturan, berdasarkan Surat Pekeliling Bilangan 3 2018, perkara 7.3 jelas menyatakan larangan menerima sumbangan babit hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras.”


“Jika kenyataan Menteri atau yang berkuasa boleh diambil sebagai pengecualian untuk tidak mengikut SPI Kementerian Pendidikan, apa kata jika pengecualian yang sama diberikan kepada sekolah atau kelas yang mahu DLP, diberi pengecualian untuk melaksanakan DLP tanpa mengendahkan syarat perlu mewujudkan kelas non DLP yang mandatori di sekolah?,” ujarnya. 


#BoikotSampaiMerdeka 


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo