NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tajaan syarikat arak: Garis panduan KPM patut terpakai kepada semua sekolah




Semua pihak perlu menghormati garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) yang melarang sekolah menerima derma daripada syarikat berkaitan arak, judi dan rokok.

 

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, garis panduan dalam Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018 KPM sepatutnya terpakai kepada semua sekolah.

 

“Sekolah bukan lagi sekolah jika benarkan normalisasi (tajaan dana syarikat arak) berlaku. Jika dahulu ia sudah dilakukan, sekarang adalah masa untuk perbetulkan kesilapan tersebut.

 

“Ini juga berkait soal kesihatan kanak-kanak dan nilai budaya masyarakat keseluruhannya,” katanya.

 

Sebelum ini media melaporkan KPM memandang serius perkara tersebut dan sedang melakukan siasatan lanjut.

 

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penglibatan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.

 

Sumber : MalaysiaGazette


#boikotsampaimerdeka


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:


https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi


#TvPertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo