Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar tampil mendedahkan terdapat kajian mengenai syarikat arak berselindung di sebalik majlis ‘amal jariah atau sumbangan semata-mata demi mempromosikan produk mereka.
Menurut Prof. Rafidah, syarikat sebegini lebih cenderung mengadakan serta menajakan lebih banyak program ‘amal jariah’ atau kesedaran demi mempromosikan produk minuman keras mereka.
Jelasnya juga, terdapat kajian menyatakan anak-anak muda pada era ini sering menyamakan arak bersama minuman akibat terlalu lama budaya tajaan syarikat arak di sekolah dinormalisasikan di negara ini.
Beliau turut menyokong penuh sepenuhnya kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang melarang sumbangan babitkan masalah moral iaitu hasil judi, rokok, vape dan arak ke dalam institusi pendidikan.
“Antara normalisasi bagaimana anak-anak muda ini dibiasakan arak itu disamakan dengan minuman lain apabila mereka menaja, memaparkan logo di majlis sumbangan ataupun sebagainya, “ ujarnya kepada TV Pertiwi hari ini.
#boikotsampaimerdeka
Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:
https://www.youtube.com/@beritapertiwi
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment