NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Suspek kes Esha didakwa esok




PETALING JAYA
Dua suspek yang dipercayai dalam kes buli siber pempengaruh TikTok, A Rajeswary atau Esha akan didakwa esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari dalam satu kenyataan ringkas.

Media sebelum ini melaporkan Esha ditemui meninggal dunia di kondominium di Setapak 5 Jul lalu, sehari selepas membuat satu laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung buli siber dihadapinya.

Susulan itu, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun dan seorang lelaki ditahan secara berasingan pada 8 serta 10 Julai lalu.

Siasatan polis mendapati dua hantaran di akaun TikTok 

Dulal Brothers

 dan 

Alphaquinnsha

 mengandungi ugutan serta ancaman terhadap pempengaruh terbabit yang menggunakan kata-kata kesat serta lucah.

Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen (ugutan jenayah) 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib)




Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo