NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sumbangan syarikat arak cemar reputasi sekolah, kata Putera MIC

Ketua Putera MIC Shatesh Kumar Sangar menggesa KPM tidak melayan sebarang permintaan mengkaji semula garis panduannya termasuk mengecualikan sekolah vernakular.



PETALING JAYA
Putera MIC menyokong gesaan Pemuda Umno, rakan komponennya dalam Barisan Nasional (BN) supaya kerajaan mempertahankan polisi tidak membenarkan syarikat arak menyumbang kepada sekolah.

Ketuanya, Shatesh Kumar Sangar, berkata sumbangan daripada syarikat arak akan mencemarkan reputasi sekolah sebagai institusi intelek dan pembinaan modal insan masa depan.

Merujuk dakwaan sebuah sekolah Cina di Sepang menerima sumbangan daripada syarikat pengeluar arak, Shatesh berkata, tindakan itu jelas melanggar pekeliling dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bertarikh 29 Mac 2018.

Menurut pekeliling itu, sumbangan kepada sekolah mestilah tidak melibatkan hasil kegiatan perjudian, rokok, dadah dan minuman keras.


Sebelum ia menjadi norma, perkara ini harus diambil tindakan tegas oleh kerajaan tanpa kompromi,

 katanya dalam kenyataan.

Tindakan tegas harus diambil serta-merta ke atas syarikat arak yang melanggar pekeliling kerajaan.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyokong kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mempertahankan polisi tidak membenarkan syarikat arak, rokok dan judi memberi sumbangan kepada sekolah, dan meminta pentadbir mengikut garis panduan sedia ada.

Akmal juga menggesa DAP mematuhi peraturan sedia ada, sambil menegaskan industri sukan, termasuk liga bola sepak, juga tidak dibenarkan menerima sumbangan daripada syarikat sedemikian.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang menjelaskan sekolah Cina tersebut menerima pembiayaan daripada pelbagai sumber, termasuk kilang arak selama berdekad.

Bagaimanapun, katanya beliau akan menjelaskan perkara itu kepada Jemaah Menteri pada mesyuarat hari ini.

Dalam pada itu, Shatesh menggesa KPM tidak melayan sebarang permintaan mengkaji semula garis panduan tersebut, termasuk cadangan memberikan pengecualian kepada sekolah vernakular.

Ini tidak boleh berlaku. Jangan kita gadaikan masa depan generasi akan datang,
 katanya.

Putera MIC tidak sama sekali akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya melanggar pekeliling KPM kerana tindakan ini merosakkan akhlak murid-murid.


Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo