NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sukar dapat undi Cina, mudarat MCA bergerak solo

Jika MCA bergerak solo tidak akan memudaratkan Umno, malah memudahkan urusan pembahagian kerusi dalam BN, kata penganalisis.



PETALING JAYA
Mudarat lebih besar buat MCA jika meninggalkan Barisan Nasional (BN) memandangkan parti itu sukar mendapat undi Cina, malah mengharapkan undi Melayu dibantu Umno, kata penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, jika MCA keluar gabungan ia hanya akan memudahkan Umno dalam urusan pembahagian kerusi.

“Tapi, untuk MCA keluar dari BN ini akan memudaratkan MCA dan tidak akan memudaratkan Umno, malah akan lebih memudahkan Umno dalam pembahagian kerusi.

MCA bergerak solo tidak akan ke mana, masuk PH juga tak akan ke mana, seperti Gerakan menyertai PN ketika ini. Apa yang boleh dilakukan MCA adalah bersama BN dan mengharapkan belas kasihan Umno untuk mengagihkan kerusi pada PRU16,
 katanya kepada FMT.

Azmi mengulas laporan MCA yang didakwa mahu keluar daripada komponen itu, yang diasaskan bersama Umno dan MIC sejak 51 tahun lalu.

Menerusi laporan sebuah portal berita yang memetik sumber pucuk pimpinan MCA, anggota akar umbi parti itu kini tidak lagi gembira dengan kedudukan mereka dalam BN.

Laporan itu menyebut, akar umbi MCA menganggap BN diketuai Presiden Umno Zahid Hamidi tidak lagi relevan kepada parti mereka, selain diketepikan dalam kerajaan.

Sumber itu berkata, pucuk pimpinan MCA masih belum membuat sebarang keputusan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon menafikan laporan itu.

Pada 7 Mei lalu, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata parti itu tidak akan teragak-agak bergerak solo pada PRU16 jika Umno berdegil untuk tetap bekerjasama dengan DAP.

Beliau menegaskan banyak keputusan dibuat Zahid bersifat ‘unilateral’ atau sebelah pihak, termasuk pendirian mahu kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) diteruskan pada PRU16.

Sementara itu, Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpendapat, MCA tidak akan mengambil keputusan meninggalkan gabungan BN disertainya sejak 1973 kerana hanya memberi kesan buruk kepada masa depan parti.

“Buat masa sekarang MCA tak dapat sokongan masyarakat Cina, dalam erti kata lain, setiap kerusi akan hilang deposit secara terus, kalau sekarang di kerusi Cina akan hilang deposit, tapi dengan undi Melayu ada peluang simpan deposit itu.

Tapi, kalau keluar solo saya yakin dia akan kalah dan hilang deposit, katanya
.



Sumber | FMT Malaysia 













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo