NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Spin Mad Maslan

SPIN MAD MASLAN

Saya dengar ucapan Ahmad Maslan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Penggerang Johor


Seperti di beberapa Mesyuarat Perwakilan yg lain seluruh negara,pemimpin umno menjaja neratif rekaan pemimpin mereka yang palsu dan cuba meyakinkan akar umbi agar mempercayai tindakan salah mereka yg telah melemahkan dan menghancurkan umno.

Kononnya mengikut Ahmad Maslan selepas PRU 15 mereka berhari hari menunggu dan kerajaan tak dapat dibentuk..dan kononnya PAS dan BERSATU menolak idea Kerajaan Perpaduan

Yang TIDAK DICERITAKAN Ahmad Maslan ialah:

1)Selepas Ismail Sabri bubar parlimen dan diadakan PRU parti parti komponen Kerajaan Keluarga Malaysia khasnya BN(30),PN(74),GPS(22) telah berjaya memperolehi lebih dari 126 kerusi DAN SUDAH CUKUP DAN BOLEH MEMBENTUK KERAJAAN berteraskan parti Melayu Bumiputera,tetapi telah di sabotage oleh Zahid Hamidi

2)Sejumlah sekurang kurangnya 115 ahli parlimen sudah memaklumkan pendirian mereka kpd SPB YDP AGONG bahawa mereka bersetuju memberi sokongan kpd salah seorang dari Ahli Dewan sebagai PM selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Perakuan itu tergendala kerana ZAHID HAMIDI ENGGAN MERESTUI dan mengiktiraf pembentukan kerajaan oleh parti parti komponen PAS BERSATU BN dan GPS

3)BN terpaksa membuat Mesyuarat tergempar dan akhirnya bersetuju dgn paksaan Zahid supaya MP BN menarik balek sokongan dan di putuskan *BN BERKECUALI DAN TIDAK MENYOKONG PH DAN TIDAK MENYOKONG PN*.

Berlaku "stalemate"

4)ZAHID HAMIDI sebaliknya ketika mengadap SPB YDP AGONG keesokan harinya menyerah satu surat yg menyatakan sokongan BN kpd PH(30+84=114).
Hal penipuan keputusan Mesyuarat BN itu bocor dan telah di protes oleh parti komponen BN.
Satu Mesyuarat tergempar BN terpaksa dipanggil sehingga di khabarkan Zahid di usulkan dipecat dari pengerusi BN utk diganti dgn MOHAMED HASSAN.

Mesyuarat itu kemudian diganggu oleh sekumpulan MP dan tertangguh secara mengejut

5)Keputusan keputusan seterusnya TIDAK DIBUAT DLM MRAT BN tetapi hanya dalam MKT UMNO

6)Disinilah barulah berbangkit isu KERAJAAN PERPADUAN..ia berpunca dari ZAHID yang berkeras mahu BN menyokong PH yg cukup bilangan melebihi 112 dan menyebabkan parti parti terpaksa menyokong PMX

Kronologi ini tidak di ceritakan oleh Ahmad Maslan dan pemimpin UMNO.Mereka manipulasikan kononnya ini KJAAN TITAH YDP AGONG..Mereka tidak menjelaskan YDPA terpaksa menasihatkan demikian kerana "stalemate" SETELAH ZAHID MEMAKSA MP BN MENYOKONG ANWAR DAN DAP(PH).

Peristiwa ini tercatet dalam sejarah.Parti parti komponen BN sudah bersuara.Fakta Peristiwa dan Kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi.

Ahmad Maslan memang boleh terus menukar rentak dan pantunnya.Tapi rakyat dan akar umbi umno tahu cerita sebenar.

Sebab itu umno di tinggalkan...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo