NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SKMM, Kerajaan hanya minta turunkan ‘segelintir’ kandungan TikTok

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata tidak adil kandungan diturunkan dikait kritikan terhadap kerajaan, memandangkan penipuan dalam talian meningkat 95% dan judi dalam talian melonjak 273%. 


PETALING JAYA: Bukan semua kandungan dalam talian termasuk di TikTok dibuat berdasarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau kerajaan Malaysia, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata, penurunan kandungan oleh penyedia platform tertakluk pertimbangan dan penilaian penyedia platform itu sendiri, berdasarkan laporan penyalahgunaan pengguna dan permohonan pihak berkuasa.

“Memang dalam Laporan Permintaan Pengalihan Keluar oleh kerajaan ini menyatakan bahawa TikTok telah menerima permintaan daripada kerajaan Malaysia sebanyak 1,862, namun laporan ini juga menunjukkan bahawa keseluruhan kandungan yang diterima untuk diturunkan berjumlah 6,231.

“Ini bermakna bukan semua permohonan penurunan kandungan dibuat SKMM ataupun kerajaan Malaysia,” katanya pada sesi penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2021 dan 2022 bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat.

Menurut Bernama, Teo berkata laporan itu juga menunjukkan bahawa 2,514 kandungan telah diturunkan kerana melanggar garis panduan komuniti, tindakan atas sebab melanggar undang-undang tempatan ( 2,970), dan kandungan tidak diambil tindakan oleh platform TikTok (747).

Beliau berkata, ini menunjukkan jika platform tersebut tidak merasakan bahawa sesuatu kandungan itu melanggar antara dua undang-undang atau garis panduan di atas, mereka tidak akan menurunkan kandungan diminta.

Teo berkata, sekiranya terdapat sebarang kandungan telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial, pengguna dinasihatkan berhubung terus dengan penyedia platform media sosial berkaitan untuk mengetahui justifikasi tindakan.

Menurutnya, adalah tidak adil jika menganggap semua kandungan diturunkan adalah berkaitan kritikan terhadap kerajaan, memandangkan sejak 2019 hingga 2023 penipuan dalam talian meningkat 95.2% dan judi dalam talian meningkat 273% (2019 sehingga 2022).

“Apabila SKMM mengambil tindakan proaktif dengan menghantar laporan kepada penyedia platform, tuduhan juga datang daripada Ahli-Ahli Parlimen sebelah sana bahawa ini cubaan kerajaan mahu memperketat kebebasan media sedangkan kita semua perlu memahami bahawa isu ini dihadapi bukan sahaja di Malaysia hari ini tapi dalam kerajaan lain juga,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo