NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skim perubatan kerajaan tidak ‘Sustainable’




KUALA LUMPUR: 
Kerajaan diminta untuk memperbaiki semula skim-skim perubatan yang disediakan yang masih tidak mampan (not sustainable).

Senator Wan Martina Wan Yusoff berkata, skim-skim seperti MySalam, Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) dan Perubatan Madani tidak dinafikan telah memberikan manfaat kepada rakyat.

“Namun begitu, skim-skim ini tidak sustainable, maksudnya tidak bertahan dalam melakukan sedemikian,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan boleh memikirkan kaedah-kaedah yang sesuai bagi melihat dan memperbaiki semula skim-skim tersebut dalam membantu rakyat negara ini.

“Oleh itu saya ingin bertanya adakah kerajaan telah membuat kajian model-model skim perlindungan pembiayaan kesihatan dari negara-negara lain?

“Sebagai contoh untuk memperbaiki skim-skim MySalam ataupun skim-skim baharu yang akan diperkenalkan dan boleh bertahan ataupun sustainable?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menyatakan kerajaan tidak menafikan bahawa kos perubatan dalam negara ini semakin meningkat.

Tambah beliau, Kementerian Kewangan melalui Belanjawan 2024 telah melanjutkan pelaksanaan MySalam bagi tempoh dua tahun bermula tahun 2024 sehingga 2025. – HARAKAHDAILY 24/7/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo