NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Senator pilih speaker Dewan Negara baharu esok

Menurut aturan urusan mesyuarat esok, pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara akan diadakan selepas beberapa senator mengangkat sumpah. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA
Senator akan mengundi Yang Dipertua baharu selepas Dewan Negara bersidang semula esok.

Menurut aturan urusan mesyuarat esok, pelantikan itu akan diadakan selepas beberapa senator mengangkat sumpah dan sebelum sesi soal jawab lisan bermula.


Jawatan itu kosong sejak Mutang Tagal meninggal dunia 10 Mei lalu, hanya tiga bulan selepas pelantikannya.

Mutang mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemimpin pertama daripada etnik Lun Bawang dilantik Yang Dipertua Dewan Negara.


Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas dan peguam itu meninggal dunia pada usia 69 tahun selepas jatuh sakit ketika lawatan kerja ke Azerbaijan.

Minggu lalu, bekas Adun Nangka, Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah sebagai senator. Beliau disebut-sebut akan menjadi speaker Dewan Negara baharu.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg sebelum ini mengesahkan seorang rakyat Sarawak akan dilantik speaker Dewan Negara.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo