NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Semua parti termasuk MCA, MIC mesti turun kempen PRK Nenggiri



KUALA LUMPUR – Semua parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan akan turun sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan itu berkata, ia termasuk MCA yang sebelum ini memboikot kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu sebelum ini. 

“Ya, (MCA dan MIC) sudah tentu (akan turun)  apabila kita kata BN-PH semua sekali parti komponen akan terlibat. 

“Semua yang berada dalam (Kerajaan Perpaduan) memang akan turun. Tidak timbul (boikot) sebab semangat BN-PH ini bila PRK sahaja dia akan rasa tanggungjawab untuk bersama,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Barisan Nasional- Pakatan Harapan Bagi Pilihanraya Kecil Dun Nenggiri, Kelantan di Menara Dato’ Onn hari ini. 

Asyraf berkata demikian mengulas soalan media samada komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC akan turut turun berkempen bagi calon UMNO, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani. 

Turut hadir Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Adly Zahari dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. 

MCA sebelum ini tidak mahu terlibat dalam kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu kerana kerusi tersebut tidak ditandingi calon BN. 

Dalam pada itu, Asyraf berkata, gabungan itu akan memfokuskan kepada ceramah secara berkelompok daripada ceramah mega. 

Ini kerana sasaran berkelompok akan dapat memaksimumkan gerakan jentera antara parti-parti dalam kerajaan. 

“Kita tidak mahu fokus kepada ceramah-ceramah mega seperti PRK yang lalu dan fokus kita adalah sasaran berkelompok pengundi sebab itu kita akan kenal pasti ahli dan penyokong kita. 

“Kita ada penyokong antara BN dan PH agar semua jentera dapat menumpukan kepada semua pengundi di Nenggiri tanpa terlepas walaupun seorang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Asyraf yakin pengundi dalam kalangan masyarakat Orang Asli akan tetap mengundi BN pada PRK Nenggiri. 

“Orang Asli sentiasa setia dengan BN, saya amat memuji kepimpinan yang amat mulia Tengku Razaleigh Hamzah. Bila tak berjaya dalam PRU lepas seluruh jenteranya bergerak untuk menangkan kembali kerusi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo