NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selat Klang: Keputusan Pengecut Yang Kalah Sebelum Bertanding

Hanya orang pengecut yang sanggup menunggang perlembagaan dan undang-undang untuk kepentingan sendiri.

Ahli Dewan Negeri Selat Klang, YB Abdul Rashid Asari jelas telah terhenti keahlian sebagai ahli Bersatu apabila beliau gagal membuat akuan menyokong Parti Bersatu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Speaker DUN Selangor, YB Lau Weng San dalam sidang DUN Selangor pada 4 Julai 2024. Boleh rujuk hansard serta rakaman.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara LXVA(1)(a) pula menegaskan bahawa seseorang Ahli Dewan Negeri hendaklah terhenti menjadi Ahli Dewan Negeri itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu.

Malangnya perlembagaan dan undang-undang ini telah diketepikan oleh Speaker Dewan apabila memutuskan kerusi DUN Selat Klang tidak perlu dikosongkan seterusnya menghentikan sidang DUN 7 hari lebih awal.

Adakah ini reformasi yang ingin dibawa? Bila hendak tangguh, baru buat keputusan. Keputusan pula dibuat tanpa mengikut perlembagaan dan undang-undang.

Kenapa Kerajaan Negeri Selangor takut untuk habiskan sidang? Kenapa takut untuk mengosongkan kerusi Selat Klang? Jika Perikatan Nasional tetap menang sekalipun, kerajaan PH Selangor masih kekal menjadi kerajaan.

Adakah gelombang rakyat meresahkan kalian?

Saya tumpang malu melihat kerajaan yang pengecut begini. Di mana semangat kalian sewaktu menyokong Akta Lompat Parti? Adakah kerana ia tidak menguntungkan kalian, maka akta ini boleh ditolak ke tepi?

Kalau betul hendak menghormati pilihan rakyat, kosongkan kerusi dan buat pilihan raya sekali lagi. Berhenti gunakan kuasa untuk menghalang demokrasi. Serahkan semula hak kepada rakyat.

Sekian

Zurk Ahmad
Ketua Penerangan PAS Selangor

17 Julai 2024

https://www.facebook.com/share/p/GJ8r51oLBxrafMAP/?mibextid=qi2Omg

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo