NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sama-sama nantikan ‘kejutan’ di Sungai Bakap, kata ketua PAS P Pinang

Ketua PAS Pulau Pinang Fauzi Yusoff yakin PN mempunyai sokongan yang diperlukan untuk mengekalkan kerusi DUN Sungai Bakap pada PRK Sabtu ini. (Gambar Facebook)


NIBONG TEBAL: Ketua PAS Pulau Pinang Fauzi Yusoff memberikan bayangan wujudnya sokongan luar jangka yang ‘ketara’ di kawasan bukan Melayu menjelang PRK Sungai Bakap.

“Kita nampak sokongan ada peningkatan … tunggulah kejutannya (nanti),” kata Fauzi kepada pemberita di pusat khidmat PAS di Jawi.

Beliau turut menyangkal dakwaan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa sokongan Melayu terhadap Perikatan Nasional (PN) di Sungai Bakap merosot kepada 48%, daripada 77% ketika PRN.

“(Kenyataan) sebegitu dapat dijangka daripada orang macam Rafizi, ‘raja formula’. Kita jangkakan peratusan (pengundi) lebih banyak,” katanya ketika pelancaran manifesto calon PN Abidin Ismail.

Manifesto Abidin menumpukan kepada lima bidang utama, termasuk menubuhkan pusat khidmat masyarakat dan mempromosikan kesukarelawanan; meningkatkan perkhidmatan bantuan kecemasan; menyediakan latihan dan sokongan kewangan untuk usahawan tempatan; dan mempromosikan produk tempatan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi.

Abidin juga berjanji akan menyelesaikan isu bekalan air di kawasan itu, menambah baik kualiti jalan raya tempatan dan menaik taraf kemudahan awam.

Abidin berkata, beliau akan menjadi suara rakyat di DUN, menentang dasar yang membebankan dan melindungi hak semua kumpulan etnik.

“Masuk hari ke-11 (berkempen), maklum balas daripada masyarakat, termasuk bukan Melayu, amat positif. Saya tak perlu nyatakan berapa peratus (pengundi sokong), tetapi gelombang itu ada,” katanya.

PRK Sungai Bakap akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff daripada PAS, pada 24 Mei lepas.

Abidin akan bersaing satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin pada hari pengundian Sabtu ini.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo