NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU majlis media di peringkat akhir muktamad kandungan

Kementerian Komunikasi dalam peringkat akhir memuktamadkan kandungan RUU Majlis Media Malaysia bersama jawatankuasa protem. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang mesyuarat ketiga penggal ketiga Parlimen ke-15, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata ketika ini, Kementerian Komunikasi dalam peringkat akhir memuktamadkan kandungan RUU itu bersama jawatankuasa protem Majlis Media Malaysia yang terdiri daripada wakil industri media, ahli akademik, dan pihak awam.

“Hal ini bagi memastikan peruntukan-peruntukan yang dipersetujui dalam kandungan RUU tersebut jelas serta memastikan penubuhan majlis media itu kelak memenuhi objektif utama yang disasarkan,” katanya.

Teo berkata demikian pada sesi penggulungan laporan tahunan dan penyata kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2021 dan 2022 bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat.

Beliau berkata pada Mei lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) meminta Kementerian Komunikasi merujuk rang undang-undang itu kepada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk analisis impak peraturan (RIA).

Teo berkata selepas kandungan RUU Majlis Media Malaysia dimuktamad dan proses RIA diselesaikan, draf akan dikemukakan kepada AGC untuk semakan lanjut.

“Seterusnya kementerian akan membentangkan memorandum Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan bagi pembentangan RUU Majlis Media Malaysia di Parlimen setelah semakan oleh AGC selesai dilaksanakan,” katanya.

Penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bagi membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan serta memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara bertanggungjawab.

Ia turut berfungsi menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan, dan orang awam selain menyokong pembangunan profesional wartawan serta organisasi media.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo